SPM 19A1

March 6th, 2007 by apaike7

ATu dia…ada seorang lagi pelajar Malaysia yang telah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara mendapat paling banyak A1 dalam SPM…erm itulah yang aku fikir bila aku baca berita Utusan Malaysia semalam ( klik sini kalau nak baca)…

hai apalah bebudak skang nie…pelik rasanya bila derang berlumba-lumba nak memecahkan rekod SPM yang sebelum ini dipegang oleh Amalina…alah takkan korang dah lupa Amalina kot…budak yang dapat 17A1 dalam SPM tahun bila ntah…budak tue skang setahu aku ader kat London skang…dan aku dah pernah kutuk dalam blog nie jugak pasal si Amalina yang bila dia hantar ucapan selamat hari guru kepada Hishammuddin tahun lepas, kecoh masuk suratkhabar semua (klik sini kalu nak baca kutukan aku)…kalu Amalina dapat 17A1, budak Nadiah nie dapat 19A1…..

bukanlah aku tak suka atau dengki ngan kejayaan yang budak 2 orang nie dapat tapi aku rasa pelik…kenapa la nak amik sampai 19 subjek waktu SPM….bagi aku mudah ajer jawapannya…ini kerana sistem pendidikan di negara kita yang sangat-sangat-sangat berorientasikan peperiksaan…sikit-sikit tengok result SPM…apa kalau tak dapat result bagus dalam SPM tak boleh berjaya ke?….inilah hakikatnya di negara kita dimana masyarakat sangat memandang tinggi keputusan peperiksaan….

apa guna kalu hanya seorang pelajar yang mendapat 19A1 dalam SPM manakala masih terdapat dikalangan para pelajar tingkatan 5 yang lain yang masih tidak menguasai 3M iaitu membaca,mengira dan menulis….memang inilah hakikat sistem pendidikan kita….para pelajar yang masih lemah dalam 3M ini bukan hanya terdapat di kawasan luar bandar malah ader juga di sekolah-sekolah di bandar….apa sudah jadi?…di sini bukanlah aku nak salahkan mana2 pihak…pihak kerajaan telah banyak meluluskan peruntukan untuk memajukan sistem pendidikan negara kita…namun tidak guna kalu peruntukan yang telah diberi kerajaan itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya…

tapikan…agak-agaknya macamana la budak Nadiah nie dapat 19A1…memang hebatla bagi aku yang masa SPM dulu amik 10 subjek ajer…itupon bukan semua A1…tapi aku boleh ajer datang belajar kat UK nie (matila berlagak)….10 subjek dulu pon bagi aku dah cukup banyak…belajar separuh nak mampus….

pepun tahniahla kepada cik Nadiah tue…aku pasti tahun nie dia akan datang UK takpon USA utnuk sambung belaja macam si Amalina selepas dapat scholarship beratus-beratus Pound atau Dollar sebulan…dan sementara nak tunggu tawaran scholarship tue mesti akan dapat tawaran iklan Astro la…iklan Pensel la…iklan itu iklan ini macam Amalina jugak…dan tahun depan mana tahu akan ada pelajar lain yang akan cuba memcahkan rekod 19A1 dalam SPM…almaklumlah acara memecahkan rekod keputusan SPM nie dah jadi acara tahunan…

Release tension…

December 12th, 2006 by apaike7

Halu…
Assalamualaikum semua….
pekabaq? harap2 hangpa semua kabaq baikla al-qaedanya…
aku nie bukan apa…saja ja  tulih blog pasai nak release tension…esok aku ada test…subjek Management Mathematics…jangan hangpa ingat bisnes aja yang ada management…maths pon ada management jugak…tengok betapa pentingnya maths nie sampai kena ada management…korang ada ke belaja subjek management? takdak kan….

dan juga selain daripada test esok, aku ader 2 assemen nak kena hantaq esok jugak…nasib baik tadi dah hantaq satu assemen…jadi tinggal 2 assemen lagi la yang due esok…alahai minggu terakhir dalam semester nie  la yang paling  sibuk…aku yang tak pernah sibuk nie pon jadi sibuk gak…sampaikan ader  orang2 yang tak sayang mulut yang  kater dia terkejut bila aku cakap aku busy study…memang nak kena cili tau mulut dia tue…

malam nie aku tengok hanye bebudak department maths, aku ngan Lana je yang online YM…yang lain tue semua offline…tak tau la plak aku sama ada derang betul2 offline atau invisible….pepun mesti derang semua tengah pulun study untuk test esok…taktaula kalu ader yang tengah membuta…walaupun test esok hanya menyumbang 5% untuk final exam tapi kira banyakla tu…cuba kira summation of 5n% (where n=1,2,….,infinity)…kan dah jadi 100%…malah lebih dari 100% kalu dicongak dengan guna jari…pendek kater test esok memang pentingla…

ha dahla…aku malaih nak taip banyak2…bukan korang bley jawabkan untuk aku pon dalam test esok…ok…ciao cincau…

From B to C

November 16th, 2006 by apaike7

waduh waduh….sejuk sekali hari ini…pegi kelas pagi tadi aku terlupa nak pakai glove…akhirnya jari jemari aku yang kurus lagi lentik (padahal besar lagi bengkok) nie dah jadi macam fish finger yang baru dikeluarkan dari freezer…dahla jalan licin sebab hujan…pastu pulak ditambah dengan daun2 yang luruh tue….nasib baik aku tak eksiden masa bawak basikal…

erm blog aku nie skang nie dah tak terbela…dah bersawang dan tumbuh lalang dah pon…lebih kurang macam backyard rumah aku la yang besar tu…bila agak2 rumput dah panjang, landlord datang potong…samela ngan blog aku nie…agak2 dah lama takder entry…aku postla new entry…bukan macam sapa tatau yang blognya tu bukan bersawang lagi dah…bukan penuh ngan lalang lagi dah…tapi dah jadi hutan belantara…siap ular, gajah, singa bahkan seluruh fiona semua bley beranak pinak dalam tue…almaklumlah dah lama takder entry baru…cuma baru2 nie aje dia pasang signbord kunun-kununnya nak tebas kayu balak kat hutan yakni blog dia tue…siap ader gambar model pencen lagi kerepot lagi kat signboard dia tue…

pastu bila kita gi check blog dia, takder plak entry baru….bila ditanya sibuk kata dia….sibukla sangatkan….sibuk tgk ‘Kabhi Kushi Kabhi Gham’ (matila aku dikerjakan oleh dia lepas nie)…

erm…aku kan sejak masuk 2nd year nie…dah jadi makin sibuk…makin berlambak assemen yang aku kena antar every week…jadi sebab tue la masa aku yang perlu dibuang untuk menghupdate blog nie dah jadi terbatas…bukan macam last year yang memang banyak masa terluang dan untuk dibuang menghupdate blog…pepun aku tetap sekali sekala tulih blog….yerla kalu2 ader orang yang suka baca blog aku nie macam cik P…at least dapatla dia dimasa terluang membuang masa membaca blog aku nie…begitu juga ngan cik Q, cik R, cik S n cik T yang sibuk dok tanya awatla aku la nie jarang dok tulih blog (awatla semuapon berpangkat cik, takde yang berpangkat encik…eh lupa yang berpangkat encik tak suka baca blog, lebih suka tgk citer house sambil baring atas katil)….

ha korang nak tau hari nie birthday Shimi…so semalam aku, Nisa, Esah, Pana n Fido gi Coventry sebab nak sambut  birthday dia… dia pon bukannya tau kitaorang gi sana… so kira macam kitaorang nak wat surprise la kat dia…tapi bebenda nie bukannya idea aku pon…nie semua idea bebudak umah Esah…aku ingatkan si Shanira nga Marjan yang anjurkan majlis nie tetapi ghupe-ghupenyer tak…kiranya kitaorang gi rumah derang nie atas jemputan diri sendiri la…ala tapi tak kisahlah kan…

yang pentingnya sedap giler Marjan ngan Shanira masak…fuhh yang bestnyer ader ikan bawal masak 3 rasa tuu…cayalah…dah lama tak makan ikan…tetiap hari pon melantak ayam sajor…pastu ader ayam tandoori lagi…eskrim….keropok…waa memang best le semalam…pepun thanksla kat tuan rumah yang memasak dengan bersungguh-sungguh walaupun kitaorang datang atas jemputan diri sendiri (ala bukan aku yang jemput diri sendiri, tapi Aishah yang jemput aku)….

and Shimi lak…lenkali kat frenster tulihla tarikh birthday yang betul…janganla tulih birthday awek plak…pepun hepi birthday Shimi…

so hari nie plak takder banyak kelas…ader 2 lectures ajer…pastu ader computer lab kul 4-6 ptg tapi aku takyah pegi pasal aku dah pegi minggu lepas…sem nie aku cuma ader sekali jer computer lab…yang lain tu semua kuliah ngan example classes ajer…so macam bosan jugakla jadual sem nie…

okla…nak pi makan cucur jagung nie…aku kerahkan Amar yang buat…ala bukan buat apa pon…dia amik mangkuk, ngan bahan2 nak wat cucur tue…pastu tolong tuang…sukatan bahan2 nak wat cucur tu dia tanya aku n Hairi…tapi tak kisahla…sapa suruh aku malas nak buat…kira dia tolong buat tue pon dah cukup bagus…hehehe…kempunan la ko Esah n Fido yang nak makan cucur jagung aku…

Selamat Hari Raya

October 30th, 2006 by apaike7

Hari nie dah masuk 8 syawal…tapi aku baru nak wish Eid Mubarak kat korang…ala tak kisah la kalu lambat kan janji aku wish jugak….

so, last saturday kitaorang bebudak KPM Birm buat open house…kitaorang kutip duit dan buat open house tue kat rumah aku…walaupun jauh dari rumah bebudak lain tapi nak wat camena dah rumah aku jer yg besar…so bley nak accomodate ramai orang utk open house tue…

Cimg1356

kitaorang jemput semua bebudak undergrad kat Birm…pastu kitaorang jemput jugak 3 famili iaitu Dr Hafizal, Abg Sulaiman ngan Abg Adeeb…so semua sekali aderla lebih kurang 50 orang dari Birm yg datang…pastu aku jemput bebudak Warwick sekali datang open house….Shimi, Marjan pastu aderla 5-6 org lagi dari Warwick yg datang…pastu bebudak first year dari Notts pon datang gak…aderla 6-7 orang yang datang…so jumlah semua aderla dalam 60-70 orang yang datang open house kitaorang tue

Cimg1344_medium

apa yg kitaorang masak? erm rumah aku masak sate, kuah kacang, lemang, puding roti,puding jagung, kuih semprit ngan almond london…rumah Ada masak rendang ayam, rumah Iqa masak nasi minyak ngan ayam masak merah dan rumah Aishah masak bihun sup ngan nasi impit…memang semua pon sedap2 belaka….Cimg1354_1   

 

kitaorang start majlis tu after zuhur dalam kul 2 petang sampailah kul 9 malam apabila semua tetamu beredar pulang…memang penat betul menjadi tuan rumah….macam2 nak kena buat….tapi nasib baik ader ramai orang yang sudi membantu macam basuh pinggan, periuk belanga…pastu siap cuci sinki aku sampai berkilat lagi….walaupun sinki aku nak kater kotor tak kotor, nak kater bersih pon takleh gak pasal berdaki….pepun thanks la kat korang yang clearkan dapur aku tue…eh silap dapur rumah aku…

dan kepada bebudak Birm yang kitaorang tak jemput tue, sorila maybe kitaorang terlupa kot nak jemput…banyak sangat bende nak ingat…pastu kengkawan aku yang lain yg kat Notts ke, yg kat Manchester yg kitaorang tak jemput….memang kitaorang taknak jemput pon korang…menghabiskan air liur jer jemput korang…bukan korang nak datang pon….penat tau menjemput korang tue…last2 taknak datang…so baiklah kitaorang takyah jemput korang….jadi takyah la nak amik hati bila kitaorang taknak jemput korang…

Ba ba blackship

October 13th, 2006 by apaike7

mana lagi best? jadi cikgu tadika? cikgu sekolah rendah? cikgu sekolah menengah? pensyarah?

bagi aku jadi cikgu sekolah menengah la yang best pasal kalu nak diikutkan pelajar sekolah menengah kira dah mature daripada pelajar sekolah rendah. kalu jadi pensyarah pon tak best jugak pasal student semua dah terlebih mature…kalu jadi cikgu tadika plak kena layan bebudak kecik…pastu nak kena amik kursus muzik lagi pasal nak kena ajar banyak lagu kat bebudak kecik tu…kang kalu ajar lagu salah kang ader plak kakak2 abang2 bebudak kecik tue yang komplen pasal bebudak tue nyanyi lagu tak sedap…sebab kakak2 abang2 bebudak kecik tue belajar kat oversea katanya…

so lebih baikla jadi cikgu sekolah menengah…walaupun risiko untuk mendapat calar di kereta atau pon tayar moto pancit lebih besar daripada menjadi cikgu sekolah rendah, tadika mahupun sebagai pensyarah…dan itulah cabarannya…pastu, interaksi antara cikgu dan pelajar lebih banyak berlaku di sekolah menengah…kalu jadi pensyarah, interaksi antara pelajar dan pensyarah selalunya kurang…tak mesra gitu…

tapi ini hanyalah pendapat aku jer…mungkin orang lain tak setuju ngan pendapat aku nie…mungkin ader orang kater jadi cikgu tadika lagi best sebab dpat ajar bebudak kecik menyanyi walaupon nanti kena komplen…ataupun jadi pensyarah best sebab keje tak banyak dan gaji pon tinggi…ataupun ader gak yang kater nak buat apa jadi cikgu…tak best…baiklah jadi doktor ker, engineer ker…

so, motif aku buat entry nie? heh sajer jer nak perli Shanira yang tengah pening memikirkan function aper yang bila x tends to infinity, f(x) fails to have a limit but for f(x^2), it have a limit of 1…

Ramadan Al-Mubarak

September 26th, 2006 by apaike7

Assalamualaikum…

mak aiii, bukan main bersawang lagi kat sini….ala-ala macam dalam citer Lord of the Ring: Return to The King masa Frodo berlawan ngan labah-labah gergasi dalam gua….dah genap sebulan aku tak updet blog nie…dah banyak cerita dalam masa sebulan nie yang aku tak citerkan kat kowang….bukan apa…aku rasa malas lak nak updet…lagipon ader masalah internet connection…itu yang membuatkan semangat aku nak updet blog nie menjadi pudar…sepudar lagu Rossa…

Ok citer pertama aku nak bagitau…pasal puasa….jadi aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua kawan-kawan aku yang Muslim…tak kira la kowang berposa kat mana…kat Jepun ka, kat German ka, kat Australia ka, kat Sunway College ka…tak kirala janji kowang berposa…kecuali kowang tu uzur…tapi jangan la plak yang ader misai janggut segala bagai dok speku kater kowang uzur gak…nanti ader yang ‘hangus terbakar’….sapa yang susah? kowang jugak…erm kali nie dah masuk 2 tahun aku berpuasa kat UK nie…apa bezanya? sama ajer ngan puasa kat Mesia kecuali tak terasa penat sangat sebab sejuk…selain tue kat sini takder bazar Ramadan…carboot adela…maksudnya takder pilihan makanan untuk dibeli kecuali makanan yang dimasak kat rumah sajor…huhuhu sedey tau

Then, aku nak ucapkan selamat datang kepada kowang semua yang baru pertama kali menjejakkan kaki tangan kepala badan tak kira apa pun yang kowang bawak ke UK nie…
bebudak birm plak sampai ari jumaat lepas…dan semalam derang dah daftar sebagai student University of Birmingham…dan tahun nie agak ramai jugakla yang memilih Birm sebagai tempat belajar…haduiii…dah jadi kampung Melayu plak aku rasa kat Birm nie…aku ingatkan sikit jer bebudak nie yang nak datang Birm…sekali ramai la plak…pepun Birm still takleh mengatasi Manchester dan Nottingham sebagai memiliki komuniti Melayu yang bley dikatakan terbesar kat UK…hahaha…merasala korang duk terkongkong ngan owang Melayu kat situ….

Pepun kesian kat bebudak nie pasal turun-turun jer dari kapal terbang…owang MSD inform kater posa start ari sabtu…semua owang pon buat muka terkujat pasal tak sangka datang sini terus posa…well kitaorang yang dok kat UK nie pon tak sangka…dahla penat duduk dalam flight selama 12 jam tak hilang terus dapat tau esok kena posa…

Pastu aku nak ucapkan selamat balik ke UK kepada kowang yang sepanjang cuti summer pulang ke Mesia….yerla dah puas bercuti-cuti Mesia katanya…dari Kelantan ke Sabah…siap pi Brunei lagi tue…dan cayalah siap tengok matahari terbit dari atas Mount Kinabalu lagi…kalu aku la…heheh tengok matahari terbit dalam mimpi je la…yerla manala aku larat nak panjat gunung tue…lainlakalu ader cable car macam kat Langkawi tue…ok la jugak…

Hah, pastu aku nak kasitau yang aku dah sebulan masuk rumah sewa aku yang baru yang besar tapi jauh dari uni ittew…dan minggu lepas lengkaplah ahli rumah aku nie seramai 6 orang bila Pian ngan Hairi balik sini dari Mesia…dan dah buat majlis berbuka posa lagi kat rumah nie…

Erm, apa lagi ek nak citer? hah, agak-agak kowang la kan….adakah Siti Nurhaliza akan mengandung dalam masa setahun dia kahwin nie?

Rampokan

August 25th, 2006 by apaike7

Assalamualaikum…

Hari nie bermula macam biasa jugak…bangun pagi gosok gigi terus mandi…takder apa2 pon…mood jugak baik…

Pastu hari nie kan jumaat…so kena la gi semayang jumaat…macam biasa gak…tak faham isi khutbah…hehehe…apsal tak faham??? sebab khutbah tue disampaikan dalam bahasa Urdu…or Tamil…or entahlah bahasa apa tapi bahasa orang India la…sebabnya masjid yang saya pegi tue ramai orang berbahasa Urdu…errr orang berbahasa Tamil kot…or orang yang berbahasa yg saya tak faham tue…ape-ape jela janji saya dengar khutbah…

Pastu bila balik dari semayang jumaat, Esah bagitau ader Polis datang rumah…Polis??? nak kater terkejut tue idakla tapi rasa biasa2 jer…masa saya nak keluar rumah gi semayang jumaat tue ader satu kete Polis depan rumah…ingatkan kawan atau sedara jiran sebelah…huhuhu…pastu Esah bagitau yang polis tue datang menyiasat pasal kes pecah rumah jiran sebelah rumah nie…oo ye ker…rupa-rupanya jiran sebelah kene rampok…tak tahu pon…malah tak kenal dan tak tahu pon sapa la yang dok sebelah rumah…hehehe cenggini ler duduk kat UK nie…don’t know who are your neighbours…even if a killer living next door, who’ll know?…alah kat Mesia pon ader jer orang2 yg tak kenal jiran mereka kan?? terutamanya yang duduk kat bandar2 besar…pegi keje awal pagi balik rumah tengah malam…masa bila nak beramah mesra ngan jiran kan?

So bila aku tanya Esah apa yg kene curi…or pukul berapa rumah tue kena pecah masuk pon Esah tak tau…ermm entahlah…yang penting lepas nie kena la sentiasa berwaspada…takleh nak tinggalkan pintu atau tingkap tak berkunci…dahla pencuri2 selalunya target rumah2 yang disewa pelajar…sebab selalunya students nie careless sikit…lalai…pastu selalunya barang yg kena curi macam laptop, PS2…henpon…mende2 yg senang diangkut curi…

Pastu malam nie lak ader ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ yang melalak mengganggu kehidupan orang lain…ermm kehidupan aku jer kot…tak kisah la yg penting tak reti2 ker nak perlahankan suara tue…ingat duduk kat Gua Mulu ker?

Mango

August 23rd, 2006 by apaike7

Assalamualaikum…

Hari nie bangun pagi macam biasa…takder yang luar biasa pon…check perut…tetap boroi…check kaki tangan semua cukup…lubang hidung, mata telinga tetap ader sepasang…takder yang kurang…alhamdulillah…

Hari nie ader kengkawan datang nak buat makan2 nasi lemak…malangnya beras plak dah habis…so lepas mandi terus bersiap nak gi supermarket kegemaran Rafizol iaitu Sainsbury…nak beli beras pastu ader sesikit barang dapur…nak wat camna…dah aku takder keje nak wat kat rumah maka terpaksa la gi beli barang dapur…takkan nak suruh Lana ngan Esah…derang tue keje…bila balik keje dah tentu la derang penat…

Hiks aku nie pantang gi shopping…mesti ader jer barang2 yang tak masuk list barang kena beli tapi tetiba bila kat kaunter, ader barang yang tak kena beli tapi ada dalam raga…camna tue??  pelik dan ajaib kan?? aku pon naik heran…

So hari nie ingat nak gi la beli buah mangga sebab tengok dalam iklan tv nampak macam sedap jer…pastu cari la buah mangga tue kat dalam supermarket tue…pastu dari jauh dah nampak buah tue melambai-lambai suruh beli…’ Marilah beli saya…marilah beli…murah-murah’…pastu memang buah tu nampak sedap pon…tapikan sekali bila nak check harga buah tue….oppsss sekali ader tulis datang dari Israel….huhuhu kensel niat di hati nak beli buah mangga…termati selera nak amik buah tue masuk raga…haiyohh…kat situ ader tiga jenis buah mangga…bila check yang 2 jenis lagi tue pon sama…datang dari Israel…haiyyoohhh takder ke buah mangga datang dari Nigeria ker…Zimbabwe ker…Malaysia ker…tapi nak wat camna?? Sainsbury tue memang ader kaitan ngan Jewish pon….

Pastu takperla…dah habis beli barang2 yg ader dalam list barang nak kena beli + barang2 yg yg takyah beli…aku pon balikla rumah…tak sempat nak letak punggung yang besar nie…kengkawan aku pon dah sampai…macam hari sabtu hari tue jugak, kitaorang lepak2…makan2…ngumpat2…semuanya secara berjemaah…hahaha…

Bila dah petang…mereka pon beransur la pulang…cenggitu ler citer aku hari nie…

Moral of the story : Kalu nak makan buah mangga, tanam sendiri belakang rumah…

Ku petik bintang…

August 22nd, 2006 by apaike7

lalalala…

S & K

August 21st, 2006 by apaike7

Alhamdulillah hari nie Ct dah selamat menjadi isteri orang…isteri kepada Datuk Khalid…maka selepas nie Ct akan menjadi datin…sekaligus ibu segera…or instant mother…tapi yang nie takyah letak air panas…dah terus berkembang…dapat 4 orang anak terus ( yeke 4 org?? tak pasti plak)…bukankah instant namanya?

Walaupon apa saja orang lain kata mengenai Ct dan Datuk Khalid…yg nyatanya mereka dah sah menjadi suami isteri…maka doakanlah kebahagiaan rumahtangga derang…dan Ct nampak cantik sekali mengenakan pakaian pengantin itu bersama tudung litup…walaupon itu hanyalah boleh dianggap sebagai perhiasan semata-mata…hanya kerna mereka berada di masjid…dan ramai juga wanita di situ yang tersembul jambul rambut di atas dahi…

Dan sudah-sudahlah berita mengenai perkahwinan mereka…sebabnya walaupon secara luarannya perang Israel- Lebanon/Palestin/Arab/Islam sudah mula menampakkan kemajuan…tetapi yang nyatanya Israel takkan berhenti dari percubaan mereka menghapuskan umat Islam di muka bumi…dan berita ini lebih penting dari perkahwinan Ct…dan sepatutnya disiarkan kisah perang ini secara langsung di tv…dan saya amat hormati rancangan berita di Uk nie…dimana mereka menyiarkan berita secara langsung mengenai apa yang berlaku di kawasan konflik Israel-Lebanon…dan para wartawan mereka sanggup menggadai nyawa untuk pergi ke sana demi menyiarkan berita penting ini…dan mereka pergi kedua-dua kawasan yang terlibat iaitu kawasan tempat Israel melancarkan serangan dan juga tempat yang musnah di serang Israel iaitu Lebanon…